Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Dynas Mokhtar Terharu Drama KORBAN KASIH ‘Viral’ Di Media Sosial

Pelakon Dynas Mokhtar tidak menyangka bahawa drama terbaru lakonannya, Korban Kasih menjadi hit dikalangan penonton sehingga ‘viral’ di media sosial.

Menurut pelakon itu lagi, walaupun ramai memberikan kritikan pedas, ia masih lagi berjaya mencuri perhatian penonton dan peminat drama TV.

“Saya sendiri pun tak sangka yang drama ini akan menjadi trending. Ketika mula ditayangkan, banyak kritikan pedas yang dilontar oleh warganet terutamanya berkaitan dengan pelakon yang menjadi anak-anak saya dan remaja.

“Namun, kritikan-kritikan itu saya lihat dari sudut yang positif dan Alhamdulillah, bila ramai yang mengkritik, ramai juga ‘tersangkut’ untuk terus menonton setiap episod,” jelas pelakon tersebut ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, karekter Norizah yang dilakonkan juga tidak terlepas daripada menerima kecaman hebat warganet.

“Di awal tayangan, kita dapat lihat bahawa karekter Norizah itu seperti ibu yang jahat sehinggakan ada warganet yang menggunakan tanda pagar #NorPuaka di media sosial mereka.

“Namun, sekarang mereka dah dapat lihat perkembangan karekter itu yang sudah menyayangi kesemua anaknya dan tidak lagi menggunakan tanda pagar itu,” katanya.

Korban Kasih arahan pengarah Fazli Yahya adalah drama adaptasi novel karya Fatimah Saidin dan membariskan pelakon lain seperti Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ezzaty Abdullah, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment