Berita

Dwayne Johnson & Vin Diesel Tamatkan Konflik, Hobbs Mungkin Kembali Ke Fast & Furious

Views

Minggu yang penuh kegembiraan buat peminat filem. Selepas Disney dan Sony kembali merujuk selepas jatuhnya talak satu, kini ahli keluarga Fast & Furious kembali berbaik-baik. Bak kata pepatah 'air dicincang tak akan putus' apatah lagi hubungan hubungan adik abang diantara Dwayne Johnson dan Vin Diesel.

Seperti yang peminat tahu, Dwayne Johnson dan Vin Diesel telah 'bergaduh-gaduh' manja sehingga menyebabkan Johnson 'merajuk' dan menghasilkan filem spin off Hobbs & Shaw. Menampakkan lagi konflik diantara dua lelaki sasa itu, Johnson tidak tersenarai dalam barisan pelakon filem Fast & Furious akan datang.

Namun segalanya berubah apabila Johnson mengeluarkan satu kenyataan video ucapan terima kasih kepada pelakon dan krew filem Hobbs & Shaw diatas kejayaan besar filem spin off itu. Dalam video tersebut, Johnson turut menyebut nama Vin Diesel dan mengucapkan terima kasih kepada pelakon tersebut.

“But also lastly, but not least. I want to thank brother Vin for your support of Hobbs & Shaw,”

Selain itu juga, Johnson turut memberi 'hint' bahawa dia akan kembali menemui Torreto dalam Fast & Furious seterusnya.

“As you know, and what a wild ride this is, and what a wild ride this has been, ten years ago when you and I spoke and you invited me into the Fast & Furious family. I’m grateful for that invite, and as you know, my goal was always — all these years — to come into the Fast & Furious world and help elevate the franchise in any way that I possibly could. If I could do that, then I’ve done my job. And now here we are ten years later, this massively successful build-out and expansion. We did it the right way, we did it the smart way, and again brother, I appreciate your support.”

“And of course, all roads lead to one thing… I’ll be seeing you soon, Toretto.””

Nampaknya, mereka sudah berbaik-baik, jangan ada drama lain pula selepas ini.

Fast 9 kini sudah memasuki minggu ke-14 penggambaran dan akan menemui penonton pada 22 Mei 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks