Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Dwayne Johnson ‘Tweet’ Video Yang Turut Dedahkan Babak Terbaru Dari Filem Rampage

Aktor filem Rampage, Dwayne Johnson telah memuatnaik sebuah video yang mengandungi beberapa babak dari filem terbaru lakonannya itu. Video tersebut merupakan sebahagian daripada promosi filem berkenaan dan menunjukkan ucapan aktor berkenaan yang mengajak penonton beramai-ramai menonton filem Rampage yang akan ditayangkan April ini. Anda boleh tonton video tersebut di dibawah.

Selain, Dwayne Johnson, Filem adaptasi pemainan video yang dikeluarkan pada tahun 1986 itu turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Naomie Harris, Malin Akerman, Jake Lacy, Joe Manganiello, dan Jeffrey Dean Morgan.


Diarahkan oleh Brad Peyton, ia mengisahkan Davis Okoye (lakonan Dwayne Johnson), seorang Primatologist yang membela seekor gorila gergasi yang bijak sejak haiwan tersebut lahir. Bagaimanapun satu experiment genetik telah mengubah haiwan tersebut menjadi gergasi termasuklah beberapa predator. Haiwan-haiwan tersebut telah melarikan diri ke benua Amerika Utara dan memusnahkan segala benda yang berada dilaluan mereka. Okaye perlu bekerjasama dengan beberapa jurutera genetik untuk mencipta antidot dan menghentikan keganasan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan gergasi terutamanya gorilla yang pernah menjadi sahabatnya dahulu.

Rampage akan mula ditayangkan pada 13 April 2018

Related posts

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Mark Hamill Sebagai Mervyn Pumpkinhead Dalam Klip Terbaru THE SANDMAN

Kakimuvee

Remake Forest Gump: Lihat Bagaimana Filem Hindi ‘Laal Singh Chaddha’ Dibandingkan Dengan Filem Asal Tom Hanks.

Kakimuvee

[VIDEO] “Tantari” Filem Aksi Pendek Tempatan Yang Mengambil ‘Vibe’ “Enam Jahanam”

Kakimuvee

Klip Resident Evil Papar Albert Wesker Cuba Lindungi Anaknya

Kakimuvee

Amazon Studios Dedah Teaser Terbaru “The Lord of the Rings: The Rings of Power”

Kakimuvee

Leave a Comment