Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dwayne Johnson Tolak Tawaran Vin Diesel Untuk Kembali Dalam “Fast & Furious 10”

Beberapa bulan yang lalu, Vin Diesel pernah merayu secara terbuka kepada Dwayne Johnson untuk “memenuhi takdirnya” kembali ke francais Fast and the Furious untuk ansuran kesepuluh dan kesebelas yang akan datang. Dan kini, Johnson memberitahu keputusannya kepada umum.

Ketika bercakap dengan CNN baru-baru ini (via Comingsoon), bintang Black Adam itu menjawab jemputan Diesel, dengan mengesahkan bahawa keputusannya jelas untuk tidak kembali sebagai Luke Hobbs dan tidak akan terpengaruh dengan rayuan emosi bintang F9 itu.

Saya sangat terkejut dengan perkongsian Vin baru-baru ini,” kata Johnson.

“Pada Jun lalu, apabila saya dan Vin sebenarnya berhubung bukan melalui media sosial, saya memberitahunya secara langsung – dan secara peribadi – bahawa saya tidak akan kembali ke francais itu.

Saya tegas namun mesra dengan kata-kata saya dan berkata bahawa saya akan sentiasa menyokong pelakon dan sentiasa menyokong francais itu untuk berjaya, tetapi tidak ada peluang untuk saya kembali. Saya juga bercakap secara peribadi dengan rakan kongsi saya di Universal, yang semuanya sangat menyokong kerana mereka memahami masalah itu.”

Johnson juga menyatakan kekecewaannya dengan perkongsian awam Diesel, menyifatkan ia sebagai manipulasi kerana dia tidak sepatutnya menyebut anak-anaknya dan kematian Paul Walker. Di sebalik perbezaan mereka, dia tetap berharap francais dan semua yang terlibat akan berjaya dalam dua ansuran terakhirnya.

Fast & Furious 10 sekali lagi akan diarahkan oleh Justin Lin, manakala lakon layar akan ditulis oleh Chris Morgan. Walaupun barisan pelakon belum diumumkan secara rasmi, kemungkinan besar Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, dan Sung Kang akan kembali meneruskan peranan masing-masing. 

Francais aksi blockbuster ini bermula pada 2001 menerusi filem Fast & Furious, dan diikuti beberapa sekuel, spin-off, dan permainan. Fast & Furious merupakan antara francais sinematik paling sukses dengan kutipan melebihi $6 billion dolar seluruh dunia. 

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment