Berita

Dwayne Johnson Sahkan Produksi BLACK ADAM Terpaksa Ditangguh

Views

Ketika bersiaran langsung di Instagram, aktor Dwayne Johnson memberi perkembangan terbaru filem komik DC Black Adam. Dijadualkan produksi pada Julai ini, Johnson secara rasmi mengesahkan bahawa penggambaran filem DC lakonannya itu terpaksa ditunda sehingga akhir musim panas.

Bagaimanapun, tidak dipastikan samada penangguhan itu akan memberi kesan kepada tarikh tayangannya iaitu pada Disember 2021.

Seperti projek filem yang lain, produksi Black Adam turut terkesan dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda global ketika ini. Turut ditangguhkan adalah filem Netflix terbaru Johnson berjudul Red Notice yang turut dibintangi Ryan Reynolds dan Gal Gadot.

Berdasarkan dari karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra dengan Johnson akan memainkan peranan utama sebagai anti-hero Black Adam. Filem ini merupakan kolaborasi kedua diantara Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum bekerjasama dalam filem terbitan Disney berjudul Jungle Cruise.

Jika tiada perubahan, Black Adam akan menemui penonton pada 21 Disember 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks