
10 pelakon dengan gaji tertinggi pada tahun 2020 telah diumumkan (melalui Forbes) dengan Dwayne Johnson mendahului senarai untuk tahun kedua berturut-turut.
Menurut sumber, Netflix banyak membantu meningkatkan pendapatan pelakon yang disenaraikan Forbes, termasuk Ryan Reynolds dan Adam Sandler. Anda boleh melihat 10 pelakon dengan gaji tertinggi pada 2020 di bawah.
Sandler tersenarai selepas mengikat perjanjian bernilai $250 juta untuk empat filemnya pada 2014, dengan pihak Netflix membayar pelakon tersebut sebanyak $31 juta pada tahun ini sebagai sebahagian daripada keseluruhan perjanjian.
Pelanggan Netflix dilaporkan telah menonton filem lakonan Sandler lebih 2 billion jam, sekaligus menimbulkan khabar angin bahawa Netflix bersedia untuk mengadakan perjanjian baru – yang jauh lebih baik – dengan pelakon tersebut.
Selain itu juga, Netflix telah membayar sebanyak $545.5 juta dolar kepada pelakon-pelakon berpendapatan tertinggi dalam senarai 10 teratas tahun 2020. Sebagai contoh, sejumlah besar pendapatan Johnson datangnya dari bayaran untuk filem Red Notice dimana pelakon tersebut menerima gaji sebanyak $23.5 juta dolar.
Gergasi streaming itu turut membelanjakan $85 juta pada tahun ini untuk membayar Reynolds, Mark Wahlberg, Ben Affleck dan Vin Diesel.
- Dwayne Johnson (Red Notice) – $87.5 juta
- Ryan Reynolds (Six Underground, Red Notice) – $71.5 juta
- Mark Wahlberg (Spenser Confidential, McMillions, Wahl Street) – $58 juta
- Ben Affleck (The Way Back, The Last Thing He Wanted) – $55 juta
- Vin Diesel (Fast & Furious Spy Racers) – $54 juta
- Akshay Kumar (The End) – $48.5 juta
- Lin-Manuel Miranda (Hamilton) – $45.5 juta
- Will Smith (King Richard) – $44.5 juta
- Adam Sandler (Murder Mystery, Uncut Gems) – $41 juta
- Jackie Chan (Vanguard, Good Night Beijing) – $40 juta