Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dwayne Johnson Menyesal Kerana Mendedahkan Konfliknya Dengan Vin Diesel Kepada Umum

Pada 2016, sebelum penggambaran The Fate of the Furious selesai, Dwayne Johnson telah menyiarkan mesej di Instagram, mengutuk seorang rakan pelakonnya sebagai “candy asses” atau penakut. Catatan itu segera mendapat perhatian peminat dan ia sebenarnya dituju kepada Vin Diesel. Sejak dari itu, telah berlaku perseteruan antara Johnson dan Diesel.

Segalanya menjadi reda sedikit demi sedikit, tetapi permusuhan mereka kembali hangat setelah Diesel mendakwa bahawa masalahnya dengan Johnson timbul kerana dia berusaha mendapatkan prestasi yang baik dari bintang Black Adam itu. Johnson bagaimanapun memberi respon dengan menyatakan bahawa komen itu membuatkan dia tertawa. 

Kini, Johnson akhirnya membuka mulut mengenai catatannya di Instagram yang membawa konflik mereka ke pengentahuan umum. Dalam profile untuk Vanity Fair, pelakon itu ditanya sama ada catatan itu sebagai tindak balas terhadap masalah tertentu, tetapi dia mengatakan itu hanya disebabkan oleh keseluruhan masalah yang dia hadapi dengan Diesel.

Johnson kemudiannya menyesal kerana berkongsi persengketaan mereka di media sosial:

Ia menyebabkan ribut. Namun yang cukup menarik adalah, setiap krew datang bertemu saya dan secara senyap-senyap mengucapkan terima kasih atau menghantar nota kepada saya.Tapi, ya, ini bukan hari terbaik saya, berkongsi perkara itu.

Saya tidak sepatutnya berkongsi perkara itu. Kerana pada akhirnya, itu bertentangan dengan DNA saya. Saya tidak berkongsi perkara seperti itu. Dan saya harus mengelakannya, jauh dari orang ramai. Mereka sepatutnya tidak perlu tahu. Sebab itu saya katakan itu bukanlah hari terbaik saya.

Johnson bagaimanapun tetap dengan pendiriannya – cuma dia hanya menyesal kerana membiarkan konflik itu diketahui umum. 

“Tidak, saya bersungguh-sungguh dengan apa yang saya katakan. Itu sudah pasti. Tetapi, untuk menyatakannya secara terbuka, bukanlah pekara yang tepat untuk dilakukan.”

Pelakon itu juga ditanya mengenai pertemuan antara dia dan Vin Diesel seperti yang dilaporkan. Johnson mendedahkan bahawa pertemuan itu memang telah berlaku, dan walaupun tidak seperti yang diharapkan, ia membantunya menyedari bahawa dia dan Diesel adalah orang yang berbeza:

“Baiklah, ada pertemuan. Saya tidak akan menyebut pertemuan yang aman. Saya akan menyebut pertemuan yang menjelaskan segalanya. Dia dan saya bersembang dengan baik, dan dari perbincangan itu, menjadi sangat jelas bahawa kami adalah dua hujung spektrum yang terpisah. Dan bersetuju untuk membiarknya di sana. 

Tidak sangka, situasi antara mereka sangat tegang. Apapun, kedua-duanya telahpun memilih hala-tuju masing-masing, dan mereka kini memberi tumpuan kepada kerjaya mereka, yang kini terpisah antara satu sama lain. 

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment