Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dwayne Johnson Kongsi Gambar Terbaru “Black Adam”

Walaupun baru memulakan penggambaran, pelakon Dwayne Johnson sangat bersemangat dalam mempromosikan filem Black Adam di media sosial. Terbaru, pelakon itu telah kongsikan gambar belakang tabir di media sosial Instagram miliknya, dan menulis beberapa patah perkataan yang menggambarkan wataknya adalah “champion of the people”.

Apa yang menariknya, semasa Johnson beraksi di WWE, dia telah menggunakan gelaran “People’s Champion”. Sementara menanti Black Adam di pawagam, mari kita lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Johnson. 

Menyertai barisan pelakon Black Adam adalah Pierce Brosnan (The Foreigner) sebagai Doctor Fate, Noah Centineo (To All The Boys I’ve Loved Before) sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell (Trinkets) sebagai Cyclone dan Aldis Hodge (One Night in Miami) sebagai Hawkman. Sarah Shahi (City on a Hill) dan Marwan Kenzari (Aladdin) turut menyertai barisan pelakon, tetapi watak mereka masih belum diketahui.

Berdasarkan karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra berdasarkan lakon layar yang ditulis Adam Sztykiel, Rory Haines dan Sohrab Noshirvani. Filem ini merupakan kolaborasi kedua Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum ini telah bekerjasama dalam filem terbitan Disney berjudul Jungle Cruise. 

Johnson turut menjadi penerbit bersama Beau Flynn, Dany Garcia dan Scott Sheldon Black Adam akan membuat debut di pawagam pada 29 Julai 2021.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating