Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dwayne Johnson Kongsi Gambar Terbaru “Black Adam” Menjelang Pelancaran Trailer Terbaru


Trailer pertama untuk filem superhero terbitan Warner Bros. dan New Line Black Adam akan dilancarkan diatas talian pada 8 Jun ini. Dan menjelang pelancaran trailer itu, bintang utamanya Dwayne “The Rock” Johnson telah menggoda peminat dengan gambar terbaru yang menampilkan dirinya dalam sut anti-hero. 

Di samping itu, kita juga dapat melihat pandangan rasmi pada gelombang pertama Funko POPs, yang menampilkan Black Adam bersama beberapa ahli anggota Justice Society dan penjahat Sabbac.

Black Adam akan dipimpin oleh Dwayne Johnson sebagai Teth-Adam atau anti-hero yang digelar Black Adam. Kisah latarbelakangnya pertama kali digoda semasa filem Shazam! yang ditayangkan pada 2019. Ini menandakan debut ‘live-action’ watak itu setelah hanya muncul dalam rancangan animasi dan filem seperti Young Justice. Adaptasi filem ini juga diharapkan dapat menampilkan pengenalan filem live-action dari Justice Society of America.

Menyertai Johnson adalah Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate, Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, dan Aldis Hodge sebagai Hawkman. Barisan pelakon lain termasuklah Sarah Shahi, Marwan Kenzari, James Cusati-Moyer, Bodhi Sabongui, Mo Amer, dan Uli Latukefu dalam peranan yang tidak didedahkan.

Berdasarkan watak Komik DC yang cipta oleh Otto Binder dan C.C. Beck, filem ini diarahkan oleh Jaume Collet-Serra (The Shallows, Jungle Cruise) dari skrip yang ditulis oleh Rory Haines dan Sohrab Noshiryani. Penerbitnya adalah Johnson, Dany Garcia, dan Hiram Garcia dari Seven Bucks Productions bersama dengan Beau Flynn dari FlynnPicturesCo, dengan Scott Sheldon mengawasi projek untuk FlynnPictureCo.


Black Adam akan ditayangkan di pawagam pada 21 Oktober 2022.

 


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee