Dwayne Johnson Janjikan Jungle Cruise Penuh Pengembaraan Epik

0
73
views

Pelakon filem Dwayne Johnson menjanjikan filem terbaru lakonannya itu akan penuh penggembaraan yang penuh epik. Beliau mendedahkan pekara tersebut kepada peminat menerusi 'posting' dilaman Instagram miliknya.

Beliau juga turut memuji pengarah filem tersebut iaitu Jaume Collet-Serra dengan mengatakan pengarah tersebut penuh dengan visi dan berwawasan serta mendedahkan sedikit perwatakan karakter yang dilakonkan olehnya dan Emily Blunt.

Jungle Cruise merupakan filem terbaru terbitan Disney yang diadapatasikan permainan taman teman Disneyland, Jungle Cruise. Ia mengisahkan tentang Captain Frank lakonan Dwayne Johnson dan adik beradik Houghton (lakonan Emily Blunt dan Jack Whitehall) dalam misi mencari pohon misteri yang mempunyai kuasa untuk menyembuh. Pengembaraan mereka penuh mencabar apabila terpaksa berhadapan dengan haiwan liar serta pasukan ekpedisi dari Jerman dan juga penjahat misteri lakonan  Edgar Ramirez.

Jungle Cruise akan berlayar ke pawagam pada 24 Julai 2020

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here