Berita

Dwayne Johnson & Emily Blunt Kembali Bergandingan Dalam Filem Superhero BALL AND CHAIN

Views

Sementara peminat tidak sabar menantikan gandingan pertama pemenang Golden Globe Emily Blunt dan bintang blockbuster, Dwayne Johnson dalam filem Jungle Cruise, satu lagi projek telah diumumkan dimana mereka berdua sekali lagi digandingkan.

Menurut laporan Deadline, kedua-dua bintang itu akan muncul dalam filem superhero terbaru berjudul Ball and Chain. 

Filem yang akan ditulis Emily Gordon (The Big Sick) ini berdasarkan dari komik empat bahagian berjudul sama karya Scott Lobdell, dimana ia berkisarkan tentang pasangan suami isteri Edgar dan Mallory Bulson yang mendapat kuasa luarbiasa setelah terdedah dengan meteor misteri. Bagaimanapun, mereka hanya akan mendapat kuasa luarbiasa sekirannya bekerjasama.

Projek ini masih lagi dalam proses untuk dijual kepada beberapa studio penerbitan. Sumber mengatakan, Netflix berminat untuk mendapatkan hak tayangan filem ini.

Johnson akan bertindak sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitannya Seven Bucks bersama-sama Dany dan Hiram Garcia. Emily Blunt turut bertindak sebagai penerbit bersama-sama penulis lakonlayar, Emily Gordon.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks