Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dwayne Johnson Dedahkan Tarikh Produksi “Black Adam”

Filem adiwira terbitan Warner Bros. / DC, Black Adam dijangka akan memulakan produksinya pada Julai tahun hadapan.

Pekara tersebut didedahkan sendiri oleh pelakon utamanya, Dwayne Johnson selepas mengucapkan penghargaan kepada peminatnya yang telah mencipta arca Johnson sebagai Black Adam.

Johnson telah terlibat dengan projek Black Adam sejak 10 tahun yang lalu. Karakter antihero tersebut sepatutnya membuat penampilan dalam filem Shazam!, tetapi pihak produksi memutuskan untuk menyimpan ‘keterujaan’ Black Adam untuk filem seterusnya. 

Black Adam mula diperkenalkan dalam komik DC, The Marvel Family #1 pada Disember 1945. Karakter tersebut dianggap sebagai musuh ketat kepada adiwira Shazam. Diawal penciptaan karakter tersebut, Black Adam merupakan putera Mesir dan mula menjadi korup disebabkan penyalahgunaan kuasa magik yang ada pada dirinya. Namun dalam dunia baru komik DC, karakter ini dianggap sebagai anti-hero.

Jaume Collet-Serra akan mengarahkan filem Black Adam manakala Johnson akan turut bertindak selaku penerbit. Ini merupakan kolaborasi kedua diantara Collet-Serra dan Johnson selepas filem Jungle Cruise.

Black Adam masih belum mempunyai tarikh tayangan.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment