Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Bintang Red Notice Dwayne Johnson mengesahkan bahawa syarikat penerbitannya, Seven Bucks Productions kini sedang membangunkan filem permainan video terbaru, yang mana ianya akan diumumkan pada tahun ini. 

Walaupun dia tidak mendedahkan nama permainan video yang akan menjadi asas kepada projek terbaru itu, Johnson menyifatkan ia sebagai “salah satu permainan video yang paling besar dan paling hebat.”


“Saya tidak boleh memberitahu anda nama permainan video itu, tetapi akan ada pengumuman pada tahun ini,” ujar Johnson. 

“Kami akan membawa salah satu permainan yang paling besar dan paling hebat ke layar – yang saya telah mainkan selama bertahun-tahun. Saua sangat teruja untuk membawanya kepada peminat di seluruh dunia. Sudah tentu, kami akan melakukannya dengan teliti oleh rakan permainan video kami – tetapi sebenarnya kami hanya akan membuat filem yang hebat.”

Projek yang masih belum mempunyai judul itu akan menjadi filem adaptasi permainan video ketiga Johnson selepas membintangi filem Doom dan Rampage. Johnson juga sebelum ini telah membintangi filem Jumanji: Welcome to the Jungle, dan Jumanji: The Next Level, yang mana kedua-duanya berlatarkan dunia permainan video tetapi tidak berdasarkan mana-mana permainan video sebenar. 

Johnson bakal muncul dalam beberapa projek berprofail tinggi seperti filem terbaru DC Black Adam, filem animasi DC League of Super-PetsJungle Cruise 2, dan dua sekuel Red Notice.

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment