Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dwayne Johnson Bakal Kembali Dalam Filem Fast & Furious 10


Hujung minggu yang lalu, Dwayne Johnson telah membuat ‘ego’nya untuk kembali menjalinkan hubungan kekeluargaan diantara dia dan satu lagi pelakon berbadan sasa, Vin Diesel. Dia dengan rendah dirinya telah mengucapkan terima kasih kepada Diesel kerana memberi sokongan kepada filem Hobbs & Shaw lakonannya.

Selain itu juga, pelakon yang terkenal dengan gelaran ‘The Rock’ itu turut memberikan sedikit petunjuk kepada peminat bahawa dia akan kembali bergandingan dengan Diesel dalam filem Fast & Furious seterusnya.

Kata-kata Johnson mungkin ada benarnya, menurut laporan dari laman We Got This Covered, Dwayne Johnson pasti kembali dalam filem Fast & Furious 10. Cuma butiran tentang bagaimana dia akan terlibat dalam penceritaan filem seterusnya masih tidak jelas buat masa ini.

Apapun, penglibatan Johnson dalam filem akan datang pasti akan menggembirakan peminat memandangkan dia tidak akan muncul dalam filem Fast 9 disebabkan perbalahan yang lalu dan kesibukkannya dalam pembikinan filem Hobbs & Shaw.

Cuma ada satu lagi pekara yang perlu diselesaikan Johnson, kembali berbaik dengan satu lagi pelakon Fast & Furious, iaitu Tyrese Gibson memandangkan mereka berdua saling memerli dilaman sosial media.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Vin Diesel Sambut Kedatangan Brie Larson Dalam Keluarga Fast & Furious 10

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Jason Momoa Sertai Barisan Pelakon “Fast & Furious 10”

Kakimuvee

Dwayne Johnson Tolak Tawaran Vin Diesel Untuk Kembali Dalam “Fast & Furious 10”

Kakimuvee