Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Durasi Tayangan Wonder Woman 1984 Didedahkan


Durasi tayangan filem terbaru DC/Warner Bros. Wonder Woman 1984 telah didedahkan. 

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang peminat bernama Gavin telah menyedari durasi Wonder Woman 1984 yang dikongsi dalam talian oleh sebuah laman Korea.  Menurut sumber ini, Wonder Woman 1984 akan berdurasi 151 minit atau 2 jam 31 minit, hampir menyamai filem pertama yang berdurasi 2 jam 29 minit.

Melangkah pantas ke tahun 1980-an dalam pengembaraan Wonder Woman seterusnya, dia mendapati dirinya berhadapan dengan dua musuh baru, iaitu Max Lord dan Cheetah. Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang memainkan watak utama sebagai Diana Prince aka Wonder Woman. 

Turut membintangi filem ini adalah Chris Pine yang meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor; Kriten Wiig sebagai The Cheetah, Pedro Pascal sebagai Max Lord, Robin Wright sebagai Antiope dan Connie Nielsen sebagai Hippolyta. 

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot dan Stephen Jones bertindak sebagai penerbit, manakala Patty Jenkins mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Geoff John dan David Callaham. 


Wonder Woman 1984 akan menemui penonton 2 Oktober ini.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee