Durasi Tayangan IT: Chapter Two Didedahkan, Filem Seram Ini Diklasifikasikan Sebagai ‘R-rated’

8889
views

Bersediakan anda untuk merasai ketakutan selama lebih dua jam? Status durasi filem seram akan datang, IT: Chapter Two akhirnya telah diketahui apabila pengarahnya, Andy Muschietti mengesahkan filem arahannya itu akan berdurasi selama 2 jam 45 minit, 30 minit lebih lama dari durasi filem pertama.

Ketika ditemubual wartawan Digital Spy, Muschietti turut mendedahkan bahawa durasi asal filem sekuel tersebut sebenarnya selama 4 jam! durasi yang agak lama untuk sebuah filem seram. Bagaimanapun, mereka melakukan proses penyuntingan untuk mengelakkan penonton merasa tidak selesa.

“A movie is very different when you’re writing the script and you’re building a story compared to what the final product is. At the beginning, when you’re writing and building the beats of the story, everything that you put in there seems very essential to the story. However, when you have the movie finally edited and it’s 4 hours long, you realize that some of the events and some of the beats can be easily lifted but the essence of the story remains intact. “

“You cannot deliver a 4-hour movie because people will start to feel uncomfortable – no matter what they see – but we ended up having a movie that is 2 hours and 45 minutes, and the pacing is very good. Nobody who’s seen the movie has had any complaint.”

Sementara itu, Persatuan Wayang Gambar Amerika (MPAA) telah menetapkan klasifikasi filem IT: Chapter Two sebagai ‘R-rated’ kerana mengandungi adegan ganas yang melampau, penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta memaparkan kandungan seksual.

Sekuel kali ini menyaksikan ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

Aktor James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean akan membawakan watak ahli kumpulan The Losers’ Club yang telah dewasa.

Manakala Jaeden Lieberher, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor, Jack Dylan Grazer, dan Wyatt Oleff akan kembali membawakan watak masing-masing dalam sekuel kali ini, iaitu ahli The Losers’ Club ketika kanak-kanak. Bill Skarsgård seperti biasa, meneruskan wataknya sebagai Pennywise.

IT Chapter Two akan menemui penonton pada 6 September 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here