Review

Dunkirk Review

Views

Menonton filem-filem arahan Christopher Nolan sememangnya memerlukan konsentrasi yang cukup tinggi bagi menangkap setiap details dan isi filem berkenaan bagi memahami secara keseluruhan filem-filem tersebut. Terlepas sedikit pasti akan membuatkan penonton keliru dan kadang-kala, walaupun fokus ia tetap membuatkan kita untuk menontonnya berulang kali bagi memahami apa yang cuba mahu disampaikan kepada penonton.

Nolan seperti yang kita tahu telah menghasilkan filem-filem yang memerlukan aktiviti otak yang aktif seperti Interstellar, Inception serta filem superhero yang dianggap terbaik buat ini iaitu trilogy The Dark Knight. Kini beliau kembali dengan mengeluarkan sebuah filem yang cukup berbeza dari filem-filem yang pernah dihasilkannya sebelum ini, iaitu Dunkirk.

Jika sebelum ini, filemnya adalah fiction dan dia bebas untuk merangkap setiap perjalanan dan plot filem, tapi Dunkirk adalah sebuah filem yang diadaptasikan dari siri kejadian sebenar yang pernah berlaku. Pada diawal perang dunia kedua iaitu diawal 1940an, Pasukan tentera Berikat telah dihentam teruk oleh tentera Nazi Jerman sehinggalah mereka terpaksa berundur ke sebuah tempat yang bernama Dunkirk.

Bagi mengelakkan kemusnahan besar dalam sejarah perang dunia, Pihak Berikat telah merancang satu operasi menyelamat yang dianggap paling sukses dalam sejarah perang apabila mereka berjaya menyelamatkan lebih 300ribu tentera yang terperangkap ditempat tersebut dari dibunuh atau ditawan tentera Nazi.

Menghasilkan filem berdasarkan dari peristiwa sebenar, adalah menjadi satu tanggungjawab seseorang pengarah untuk mengekalkan keaslian cerita dalam filemnya agar ia tidak bercanggah dengan sejarah. Nolan menerusi filem ini cukup berhati-hati dalam merencana setiap perjalanan filem Dunkirk agar ia tidak lari dari fakta sejarah.

BACA:  Review Filem Jepun: Fukushima 50 (2020)

Jadi Dunkirk adalah sebuah filem “straight forward”, sesuatu yang agak janggal bagi peminat-peminat Nolan. Bagaimanapun, ia tetap masih memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk menangkap setiap kejadian dan perjalanan filem perang itu kerana jika anda “tertidur” pasti tidak akan memahami dan menganggap filem tersebut adalah filem perang paling bosan pernah ditayangkan.

Ini kerana, Dunkirk memaparkan 3 “point of view” berbeza untuk dijadikan sebuah filem, dan ketiga-tiganya berkait antara satu sama lain dan menjadi ia sebuah filem perang yang cukup berbeza dari tipikal filem-filem perang yang pernah diterbitkan.

3 Point of view terbabit memamparkan naratif di Udara, Laut serta Jeti, jadi anda mungkin tertanya-tanya kenapa Nolan sentiasa melompat ke tiga-tiga bahagian tersebut secara random disepanjang perjalanan filem Dunkirk, dan melihat banyak babak yang hampir sama. Ya, sebenar ianya adalah babak yang sama, seperti yang saya nyatakan diatas, babak yang sama itu memaparkan 3 sisi berbeza iaitu dari sisi seorang Juruterbang, pengemudi kapal layar serta tentera yang berada didarat.

Cara yang diserapkan oleh Nolan itu menjadikan Dunkirk sebuah filem perang yang cukup istimewa. Nolan tidak perlu membuat “twist” atau merobek minda anda secara teruk untuk membuatkan anda memahai perjalanan ceritanya, cukup sekadar memaparkan 3 pandangan berbeza untuk satu babak bagi membuatkan otak anda ligat berfikir dan berkata “Ooo.. rupanya ia babak aksi yang sama cuma pada padangan yang berlainan”

Selain itu juga, Nolan tidak memerlukan banyak peluru, letupan dan darah untuk menghasilkan filem Dunkirk. Bagi beliau, mengambarkan suasana tegang dikalangan tentera yang ingin melarikan diri, suspen dan thrill sudah cukup menceritakan kejadian Dunkirk yang sebenar. Kita dapat melihat bagaimana begitu terdesaknya mereka untuk melarikan diri dan menyelamatkan tentera yang terperangkap. Sound score mantap dari Hans Zimmer banyak membantu dalam suasana suspen dan thrill dalam filem ini.

BACA:  Review Filem Netflix: The Old Guard (2020)

Nolan tidak mementingkan rupa dan popularity, tetapi sebaliknya bakat yang ada pada pelakon tersebut, sepanjang perjalanan filem, setiap aktor berjaya membawakan karakter mereka dengan begitu baik sekali dan berjaya menzahirkan karakter seperti yang dikehendaki oleh Nolan.  Dialog yang sedikit tidak menjadi masalah, adaptasi karakter yang paling penting dari mengucapkan dialog yang banyak tetapi tidak memberi makna. Tom Hardy walaupun tidak menunjukkan muka sepanjang filem, tetapi prestasi dan lakonannya sama seperti karakter “Bane” dalam trilogy Dark Knight.

Bagi pengarah seperti Nolan, setiap elemen dalam filemnya ini dihasilkan dengan penuh seimbang, karakter, plot, aksi, thrill serta aspek teknikal seperti visual dan sound structure di”blend” dengan secukup rasa menghasilkan sebuah filem yang perfek tanpa terdapat kekurangan pada satu bahagian pun.  Dunkirk tidaklah seperti tipikal filem perang yang kita tonton setiap hari, ianya tidak hanya memaparkan suasana perang tetapi menyelami perasaan tentera-tentera yang begitu terdesak untuk melarikan diri disamping membuatkan minda anda untuk menangkap setiap bibik plot yang ditunjukkan dalam filem ini.

Rating: 9/10

Tinggalkan Balasan

shares