Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Dune: Part 2” Akan Mula Penggambaran18 Julai Ini, Florence Pugh & Austin Butler Sah Sertai Barisan Pelakon

Menurut laporan SFF Gazette, Warner Bros. Pictures telah menetapkan tarikh penggambaran Dune: Part 2 iaitu pada 18 Julai ini, di Budapest.

Studio itu juga telah mengesahkan bahawa Florence Pugh dan Austin Butler secara rasmi menyertai barisan pelakon. Bintang Black Widow itu akan memainkan watak Princess Irulan, manakala pelakon filem Elvis yang akan datang, akan membawa watak penjahat Feyd-Rautha Harkonnen.


Warner Bros. turut mengeluarkan sinopsis ringkas, tetapi masih menyembunyikan butiran lanjut mengenai sekuel akan datang. 

“Bahagian Kedua akan memberi tumpuan kepada Paul yang mengumpulkan bala tentera Fremen untuk memerangi Harkonnen yang kejam, kerana dia pada dasarnya adalah tokoh mesias mitos kepada penduduk Arrakis.”

Diadaptasikan dari novel terlaris bertajuk sama tahun 1965 karya Frank Herbert, Dune ditetapkan jauh ke masa depan. Bangsawan Leto Atreides telah menerima hak kawasan bagi planet padang pasir merbahaya iaitu Arrakis yang juga dikenali sebagai Dune. Ia adalah satu-satunya sumber “the spice”, bahan paling berharga di alam semesta kerana ia meninggikan tahap pemikiran dan memanjangkan jangka hayat manusia.

Walaupun mendapat tahu bahawa ini merupakan satu perangkap oleh musuhnya, Harkonnens, Leto tetap membawa anaknya yang merangkap waris terakhirnya, Paul Atreides bersama Bene Gesserit, Lady Jessica dan para penasihat yang paling dipercayainya ke planet itu.

Dia mengambil alih kuasa atas operasi perlombongan ubat itu walaupun terdedah pada ancaman cacing tanah gergasi. Apabila keluarga Atreides dikhianati, Paul mengetuai pemberontakan bagi mengembalikan kuasa keluarganya di planet tersebut.

Diarahkan oleh Denis Villenueve, Dune dibintangi pelakon seperti Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, David Dastmalchian, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem.

Strim Dune di HBO GO

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment