Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Dukun Akan Ditayangkan Festival Filem Asian New York

Filem seram Dukun telah mencipta satu lagi kejayaan apabila ia bakal ditayangkan di Amerika Syarikat bersempena Festival Filem Asian New York 2018 (NYAFF) kali ke-17.

Festival anjuran Subway Cinema dan Film Society of Lincoln Center itu yang sudah bermula sejak 29 Jun lalu akan berlangsung sehingga 15 Julai ini.

Ia dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada filem-filem Asia untuk diiktiraf dan ditayangkan di New York.

Selain itu juga, filem yang diarahkan Dain Said ini akan turut bersaing dalam kategori Audience Awards, di mana pemilihan dibuat berdasarkan undian pengkarya filem dan penonton filem tempatan, di mana pemenang akan diumumkan pada hari terakhir festival itu.

Filem terbitan Astro Shaw itu dijadualkan akan ditayangkan pada 13 Julai (Jumaat) di SVA Theatre. Sebelum ini, filem Dukun pernah ditayangkan dibeberapa festival filem antarabangsa.

Filem ini yang akhirnya ditayangkan di pawagam pada April lalu selepas lebih sedekad diharamkan dari ditayangkan di Malaysia, nyata tidak mengecewakan apabila berjaya mengutip lebih RM11 juta.

Dukun dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Datin Umie Aida, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae dan ramai lagi.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

TAYANGAN DRAMA ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DISAMBUNG SEMULA MULAI 22 OKTOBER 2021

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

Leave a Comment