Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dua Robot Perkasa Bertarung Dalam Gambar Terbaru Terminator: Dark Fate


Beberapa gambar terbaru filem Terminator: Dark Fate telah didedahkan kepada umum. Antara yang dipaparkan adalah penyatuan semula Sarah Connor dan robot T-800 (Arnold Schwarzenegger) serta pertarungan diantara T-800 dan robot model terbaru Skynet yang ditugaskan untuk memburu mangsanya.

Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.

7 tahun selepas kejadian Terminator 2: Judgement Day, sebuah Terminator (Gabriel Luna) yang sangat maju telah dihantar ke masa lampau oleh Skynet untuk menghapuskan Dani Ramos (Natalia Reyes), yang merupakan manusia cyborg dan rakannya. Sarah Connor datang untuk membantu mereka, berserta Terminator asal, dan mereka berjuang untuk masa depan.

Filem Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009) dan Terminator Genisys (2015) dianggap sebagai ‘alternate timeline’ dan tidak terikat dengan jalurmasa asal.

Filem ini menyaksikan pelakon utama francais asal kembali membawakan watak masing-masing. Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak robot Terminator, manakala Linda Hamilton dan Edward Furlong akan memainkan kembali peranan mereka sebagai Sarah dan John Connor. James Cameron akan bertindak selaku penerbit.


Terminator: Dark Fate dijangka akan menemui penonton pada 1 November ini.


Related posts

James Cameron Mahu Reboot Francais “Terminator”

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Trailer “ORPHAN: FIRST KILL” Goda Kepulangan Isabelle Fuhrman Sebagai Esther

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Paramount Umum Tarikh Pelancaran “Scream 6”

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee