Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Dua Produksi Tempatan Akan Hasilkan 12 Filem Dalam Tempoh 2 Tahun


Dua syarikat produksi tempatan, Zebra Studios Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment, telah menandatatangani perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Menurut pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim, kerjasama ini bukan sahaja dapat membaik pulih industri perfileman tempatan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19, tetapi juga memberi dorongan kepada industri filem dan produksi tempatan untuk memasarkan kandungan tempatan ke peringkat antarbangsa. 

“Penghasilan filem-filem dengan kerjasama bersama Zebra Studio ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih mantap di Malaysia bagi menghasilkan filem bertaraf antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Sara Nattaya Azmi berkata, Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang menghasilkan dan mempersembahkan beberapa tajuk hiburan paling terkenal di dunia.

“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan yang membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global.


“Ia bertujuan mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia serta memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,” katanya.

Menerusi perjanjian itu, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, dan Selangor dan empat tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Selain itu juga, terdapat tiga filem tempatan berbahasa Inggeris akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea Selatan, China, Indonesia, India dan banyak lagi.

Sumber: Harian Metro


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee