Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dua Pelakon Tidak Kembali Dalam Filem Terbaru Guardians of the Galaxy 2

Guardians-of-the-Galaxy-Star-Lord-Drax-Gamora-Groot-Rocket

Berita kurang enak didengari dari kem produksi filem Guardians of the Galaxy 2 apabila penulis dan pengarah filem sekuel tersebut, James Gunn, mengesahkan 2 bintang dalam filem pertama tidak akan muncul dalam filem terbaru Guardians of the Galaxy 2 nanti.

Khabar terbaru ini diterima dari sesi Q&A di laman Facebook nya apabila dia mengesahkan John C Reilly yang membawa karakter Corpsman Dey dalam filem pertama tidak akan dipanggil berlakon dalam filem terbaru ini.

Malah James Gunn juga memberitahu dalam sesi tersebut mengatakan Benicio Del Toro yang membawa karakter The Collector dalam filem itu dan juga filem Thor: The Dark World juga tidak akan kembali membintangi filem Guardians of the Galaxy 2.

guardians of the galaxy 2
guardians of the galaxy 2

Beliau juga menambah, walaupun Del Toro tidak dipanggil membintangi filem ini, pintu untuk aktor tersebut untuk muncul dalam filem Marvel akan datang tetap terbuka, cuma watak The Collector dikatakan tidak sesuai untuk sekuel kedua Guardians of the Galaxy ini.

Fuh! ingatkan karakter utama yang tidak akan kembali dalam filem terbaru itu nanti. Jangan risau, hampir kesemua karakter utama dipanggil balik membintangi filem sekuel ini. So tiada perubahan besar atau rombakan karakter dalam Guardians of the Galaxy 2.

Related posts

[TRAILER] Netflix Tetapkan Tarikh Tayangan “Alice in Borderland” Musim 2

Kakimuvee

Bintang ‘Wednesday’ Jenna Ortega Memperoleh 10 Juta Pengikut Instagram Dalam Tempoh 10 Hari

Kakimuvee

Stephen Lang Jelaskan Bagaimana Wataknya Masih Hidup Dalam Sekuel “Avatar”

Kakimuvee

Poster John Wick: Chapter 4 Soroti Kepulangan Keanu Reeves Sebagai Pembunuh Upahan Berbahaya

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee

Tajuk “Indiana Jones 5” Telah Didedahkan, Saksikan Juga Trailer Terbaru Disini

Kakimuvee

Leave a Comment