
Situasi pandemik COVID-19 yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini memaksa pengusaha pawagam menutup operasi mereka buat sementara waktu.
Memetik laporan Astro Awani, kesemua pawagam GSC dan TGV Cinemas akan ditutup sementara berkuat kuasa bermula 2 November sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Penutupan tersebut merupakan langkah bagi mengawal penularan pandemuk COVID-19.
GSC dan TGV Cinemas telah mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan operasi mereka.
“Tindakan ini selari dengan kehendak industri dalam memastikan setiap pawagam bebas daripada jangkitan COVID-19. Tindakan ini cuma sementara dan kita akan ikuti perkembangan semasa COVID-19 sebelum pengumuman untuk membuka semula pawagam dibuat.”
Sebelum ini, langkah sama diambil ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana kesemua panggung wayang telah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Penutupan ini merupakan kali kedua dilaksanakan selepas PKP apabila melihat kepada situasi semasa COVID-19 di negara.
It is with a heavy heart that we announce the temporary closure of all cinemas nationwide on 2nd November 2020.
— TGV Cinemas (@TGVCinemas) October 30, 2020
It is a hard truth for all of us to accept, but we believe that we can brave this storm together.#SupportCinemas #SeeYouSoonTGV pic.twitter.com/xSqeeqekdb
Hi everything. This is an important announcement.#GSCLoveYou3000 #StaySafe pic.twitter.com/Fz522xINvk
— GSC (@GSCinemas) October 30, 2020