Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dua Filem Sekuel Halloween Diumumkan Secara Rasmi!: Halloween Kills & Halloween Ends


Selepas berjaya menghidupkan kembali francais Halloween menerusi filem Halloween (2018), Universal Pictures dan Blumhouse Production mengesahkan bahawa dua filem sekuel Halloween bakal dihasilkan tidak lama lagi.

Sekuel pertama berjudul Halloween Kills akan mula ditayangkan pada 16 Oktober 2020 manakala Halloween Ends akan ditayangkan setahun selepas itu iaitu pada 15 Oktober 2021.

Dalam pengumuman yang dibuat di konvensyen San Diego Comic Con itu, pihak studio juga mengesahkan Jamie Lee Curtis akan kembali membawakan wataknya sebagai Laurie Strode dan ‘villain’ utama francais ini iaitu Michael Myers akan kembali memburu mangsa-mangsanya.

Judy Greer dan Andi Matichak juga dijangka akan kembali membawakan peranan mereka sebagai anak dan cucu kepada karakter Laurie. Pengarah David Gordon Green dan penulis skrip filem Firestarter, Scott Teems akan bekerjasama dalam pembikian filem akan datang.

Halloween (2018) dianggap berjaya apabila menerima respon positif dari para pengkritik dengan skor sebanyak 79% dilaman kritik filem Rottentomatoes. Selain itu juga, Halloween berjaya memberi pulangan besar kepada pihak studio apabila berjaya meraih $255.5 juta dolar seluruh dunia berbanding modal pembikinan hanya mencecah $10 juta dolar.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Pertarungan Akhir Michael Myers & Laurie Strode Dalam Trailer “Halloween Ends”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Michael Myers Kembali Dalam Trailer “Halloween Kills”

Kakimuvee