Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dua Filem Marvel Tanpa Judul Dapat Tarikh Tayangan Pada 2024

Disney mengemaskini kalendar pelancaran filemnya pada hari Jumaat yang lalu, dan antara yang telah mendapat tarikh tayangan adalah filem adaptasi ‘live-action’ The Little Mermaid. Selain itu juga, pihak syarikat turut menetapkan tarikh untuk dua filem terbaru Marvel Studios yang masih belum diumumkan. 

Dua tarikh baru – 26 Julai 2024, dan 8 November 2024 – bermaksud Marvel Studios kini merancang untuk melancarkan empat filem pada tahun 2024, dengan tarikh pada bulan Februari dan Mei juga telah disahkan pada awal tahun ini. 

Buat masa ini, tidak diketahui filem apakah yang akan mengisi slot pada 2024. Setakat ini, Marvel Studios hanya mengumumkan tarikh untuk filem-filem yang sudah mempunyai tajuk, termasuklah Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang akan ditayangkan pada 5 Mei 2023. Sehinggakini, terdapat 7 filem Marvel tanpa judul yang sedang dirancang Marvel Studios:

  • 28 Julai 2023
  • 6 Oktober 2023
  • 3 November 2023
  • 16 Februari 2024
  • 3 Mei 2024
  • 26 Julai 2024
  • 8 November 2024

Marvel Studios kini sedang membangunkan beberapa filem terbaru termasuklah Captain America 4, Blade dan Fantastic Four. Sementara itu, berikut adalah filem-filem MCU yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

  • Eternals: 5 Novemver 2021
  • Spider-Man: No Way Home (Sony): 17 Disember 2021
  • Thor: Love and Thunder: 6 Mei 2022
  • Black Panther: Wakanda Forever: 8 Julai 2022
  • The Marvels: 11 November 2022
  • Ant-Man and the Wasp: Quantumania: 17 Februari 2023
  • Guardians of the Galaxy 3: 5 Mei 2023

Filem terbaru, Shang-Chi and the Legend of Ten Rings akan ditayangkan di pawagam Malaysia tidak lama lagi

 

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment