Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Dua Filem Live-Action Terbaru “Fullmetal Alchemist” Akan Ditayangkan Pada Mei & Jun 2022


Dunia Fullmetal Alchemist semakin berkembang dengan pengumuman dua filem aksi-langsung terbaru yang berdasarkan siri legenda itu. 

Fullmetal Alchemist: Final Chapter – The Avenger Scar akan dibuka pada 20 Mei 2022, dan menampilkan jalan cerita yang menyaksikan Edward Elric berhadapan dengan Scar. Filem kedua, Fullmetal Alchemist: Final Chapter – The Last Transmutation, akan ditayangkan pada 24 Jun 2022, dan akan menggambarkan pertempuran terakhir dari siri Fullmetal Alchemist.

Anda boleh tonton trailer yang memaparkan rakaman dari kedua-dua filem aksi-langsung Fullmetal Alchemist di bawah:

Kedua-dua filem akan datang bakal menyaksikan kepulangan barisan pelakon dari filem pertama, termasuklah Ryōsuke Yamada sebagai Edward Elric, Atomu Mizuishi sebagai Alphonse Elric, Tsubasa Honda sebagai Roy Mustang, Misako Renbutsu sebagai Riza Hawkeye, Kanata Hongou sebagai Envy, Ryuta Sato sebagai Maes Hughes, dan Shinji Uchiyama sebagai Gluttony.

Barisan pelakon baru itu filem itu adalah:


  • Mackenyu Arata sebagai Scar
  • Yuina Kuroshima sebagai Lan Fan
  • Keisuke Watanabe sebagai Ling Yao
  • Yuki Yamada sebagai Solf J. Kimblee
  • Hiroshi Tachi sebagai King Bradley
  • Kōji Yamamoto sebagaiAlex Louis Armstrong
  • Chiaki Kuriyama sebagai Olivier Mira Armstrong
  • Seiyō Uchino sebagai Van Hohenheim
  • Yukie Nakama sebagai Trisha Elric
  • Jun Fubuki sebagai Pinako Rockbell
  • Naohito Fujiki sebagai Yuriy Rockbell
  • Kaoru Okunuki sebagai Sarah Rockbell
  • Kokoro Terada sebagai Selim Bradley
  • Long Meng Rou sebagai May Chang
  • Haruhi Ryо̄ga sebagai Izumi Curtis

Filem terbaru itu hadir ditengah-tengah perayaan ulang tahun ke-20 manga asal Fullmetal Alchemist, yang berlangsung pada 12 Julai tahun lepas. Filem aksi langsung pertama berdasarkan siri manga hit itu telah ditayangkan pada Oktober 2017 dan menceritakan kisah lengkap manga asal.


Related posts

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

Toho Dedah Trailer Terbaru Godzilla Minus One

Kakimuvee

Toho Dedah Teaser Trailer Filem ‘Godzilla’ Seterusnya

Kakimuvee

Shin Masked Rider Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 6 Julai Ini

Kakimuvee

“Fullmetal Alchemist The Final Alchemy” Akan Ditayangkan Di Netflix Pada Hujung September Ini

Kakimuvee

[TRAILER] SHIN ULTRAMAN Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 6 Oktober Ini

Kakimuvee