Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

Dua Anime Spin-Off Detective Conan Telah Diumumkan

Dua spin-off dari siri legenda Detective Conan akan mendapat adaptasi anime, umum Shogakukan.

Spinoff pertama adalah Detective Conan: Hannin no Hanzawa-san (The Culprit Hanzawa dalam bahasa Inggeris), yang merupakan manga gag yang mengikuti “penjahat” bayangan-hitam yang digunakan dalam siri utama untuk mewakili pelaku misteri. The Culprit Hanazawa memulakan debutnya pada tahun 2017 dan masih berjalan dengan lima jilid telah diterbitkan.


Adaptasi kedua adalah Detective Conan: Zero no Nichijou (Zero’s Tea Time), yang mengikuti kehidupan harian ‘triple-agent’ dan lelaki berwajah-tiga, Tooru Amuro. Dia menjalani tiga kehidupan yang berbeza sebagai pegawai polis, anggota Organisasi Hitam, dan seorang pekerja kafe. Zero’s Tea Time diperkenalkan pada tahun 2018, dengan bab-bab baru hanya akan dilancarkan ketika siri utama Detective Conan berehat seketika. 

Tarikh pelancaran masih belum diumumkan, begitu juga studio yang menguruskan animasinya. Dua anime baharu itu akan menyertai satu lagi spin-off bertajul Wild Police Story, yang mana adaptasi anime telah diumumkan pada Ogos yang lalu. 

Detective Conan adalah salah satu siri manga dan anime yang paling lama berjalan, dengan rancangannya pertama kali dilancarkan pada Januari 1996. Pada 2021, siri ini telah menjangkau 1000 episod dan 1000 bab manga. 

Related posts

Crunchyroll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime ‘Dragon Ball Super: SUPER HERO’ – Termasuk Malaysia

Kakimuvee

Lagenda Anime Kembali Dengan Kisah Baharu Yang Mendebarkan; “Black Rock Shooter Dawn Fall” Kini Boleh Distrim Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Anime “Drifting Home”

Kakimuvee

Trailer Musim 3 Ultraman Dedah Ansuran Terakhir Untuk Siri Anime Netflix

Kakimuvee

Tonton Trailer Demon Slayer Swordsmith Village Arc

Kakimuvee

Leave a Comment