Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Perkenalkan Dru, Kembar Gru Dalam Despicable Me 3

Ketua minion, Gru ada kembar? ya, perkenalkan Dru, kembarnya yang akan muncul dalam filem ketiga Despicable Me 3 yang akan ditayangkan pada 30 Jun ini. Anda boleh melihat kembar Gru yang cukup berbeza dari segi penampilan dan gaya dalam trailer terbaru Despicable Me yang baru dikeluarkan.

Filem terbaru ini diarahkan oleh Pierre Coffin dan Kyle Balda dan dibantu oleh Eric Guillon sebagai manakala Cinco Paul dan Ken Daurio merupakan penulis skrip filem ini. Filem sebelum ini, Despicable Me yang ditayangkan pada 2010 telah mengaut sebanyak $543 juta seluruh dunia, manakala sekuel kedua Despicable Me 2, keuntungannya meningkat menjadi $971.

Kejayaan filem animasi ini telah mendorong Universal Pictures dan Illumination Entertainment menghasilkan prequel Despicable Me yang bertajuk Minion yang menceritakan bagaimana sekumpulan Minion dalam misi mencari tuan baru sebelum mereka berjumpa dengan Gru semasa kecil. Filem prequel berkenaan telah berjaya mengaut sebanyak $1.159 Billion dan Minion menjadi antara karakter popular dikalangan kanak-kanak selain telah dijadikan permainan video, penerbitan buku, tarikan theme park, barang mainan dan macam-macam lagi.

Despicable Me 3 ini dijangka akan dikeluarkan pada 30 June 2017, Jom kita tonton trailer filem animasi yang baru dikeluarkan ini dan bertemu dengan Dru, kembar Gru.

 

 

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

[TRAILER] Zombi Jadi Taruhan “Mat Bond Malaya” Arahan Nabil Ahmad

Kakimuvee

Leave a Comment