Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

DreamWorks Lancarkan Trailer Kedua Trolls World Tour


DreamWorks telah melancarkan trailer kedua filem animasi Trolls World Tour, sekuel kepada filem animasi Trolls yang diterbitkan pada 2016. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Sekuel kali ini menyaksikan Queen Poppy dan Branch menemui sesuatu yang mengejutkan – satu lagi dunia Troll yang terasing dan terpisah berdasarkan genre musik mereka.

Apabila ancaman misteri melanda tempat tinggal mereka, Poppy, Branch dan rakan-rakannya memulakan penggembaran epik di kawasan yang mereka tidak kenali, serta melakukan pekara mustahil – menyatukan Troll antara satu sama lain.

Kelly Clarkson akan memainkan peranan sebagai Delta Dawn, dan menyertai pelakon asal iaitu Ann Kendrick sebagai Poppy dan Justin Timberlake sebagai Branch. Turut bersama dalam filem ini adalah James Corden sebagai Biggie, Caroline Hjelt sebagai Chenille, Aino Jawo sebagai Satin, Ron Funches sebagai Cooper, Kunal Nayyar sebagai Guy Diamond serta beberapa pelakon baru yang lain seperti Jamie Dornan, Anthony Ramos, Karan Soni dan Flula Borg

Trolls World Tour diarahkan Walt Dohrn dan akan ditayangkan pada 17 April 2020.



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee