
Drama fantasi terbaru MBC Tomorrow telah mencapai rating tayangan perdana tertinggi dari mana-mana drama Jumaat-Sabtu dalam sejarah MBC.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod pertama drama lakonan Rowoon dan Kim He Sun itu, telah mencapai purata rating 7.6 peratus, sekaligus menjadi tayangan perdana paling ramai penonton bagi mana-mana drama Jumaat-Sabtu MBC setakat ini.
Drama iut juga turut menduduki tempat pertama dalam slot waktunya, di semua saluran kabel.
Berdasarkan webtoon terkenal dengan nama yang sama, Tomorrow ialah drama fantasi baharu yang dibintangi Rowoon (SF9) sebagai Choi Joon Woong, yang mengalami kemalangan semasa bergelut untuk mencari pekerjaan.
Akibatnya, dia bertemu dengan ‘grim reapers’ Goo Ryun (Kim Hee Sun) dan Lim Ryoong Goo (Yoon Ji On), yang bekerjasama untuk menyelamatkan nyawa orang yang berfikir untuk membunuh dir. Dia akhirnya menyertai pasukan mereka dalam neraka sebagai ahli termuda.
Tomorrow boleh distrim di Netflix.