Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Drama Terbaru Netflix “Messiah” Yang Meneroka Kuasa Pengaruh Dan Kepercayaan

Netflix telah melancarkan trailer siri televisyen terbaru berjudul Messiah yang bakal memberikan sebuah jalan cerita yang penuh dengan suspen, thriller, dan provokatif minda serta meneroka kuasa pengaruh dan kepercayaan dalam era media sosial.

Siri televisyen yang mengandungi 10 episod itu akan memberi fokus kepada reaksi penduduk dunia terhadap kemunculan Dajjal, yang pertama kali muncul di Timur Tengah, dan mendakwa dirinya adalah Messiah.

Michelle Monaghan (Mission: Impossible — Fallout) akan memainkan peranan sebagai ejen CIA, Eva Geller yang menyiasat kemunculan seorang lelaki misteri (Lakonan Mehdi Dehbi – London Has Fallen) yang mendakwa dirinya sebagai Messiah dan mempunyai keajaiban.

Dengan pengikut yang semakin ramai dan mendapat perhatian media seluruh dunia, Geller perlu mengejar masa untuk membongkar identiti lelaki misteri itu sama ada benar dia adalah individu yang suci atau penyamar yang mempu mengugat pemerintahan geopolitik dunia.

Messiah akan turut memaparkan perspektif berbeza bagi mengembangkan cerita melibatkan watak seperti pegawai perisikan Israel (Tomer Sisley), paderi dari Texas (John Ortiz) dan anak perempuannya (Stefania LaVie Owen), pelarian Palestin (Sayyid El Alami) dan wartawan (Jane Adams) yang melaporkan berita mengenai individu misteri itu.

Dicipta oleh Michael Petroni (The Book Thief), musim pertama Messiah diarahkan oleh James McTeigue (V for Vendetta) serta Kate Woods (Rectify), dan diterbitkan oleh Petroni, McTeigue, Andrew Deane (The Double), Mark Burnett dan Roma Downey (The Bible Series, Ben Hur)

Messiah akan mula disiarkan di platform penstriman Netflix mulai 1 Januari 2020.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

Leave a Comment