Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Drama Terbaru Im Siwan “Tracer” Membuka Episod Pertama Dengan Langkah Kanan


Drama terbaru MBC Tracer membuka episod pertamanya dengan langkah kanan.

Pada 7 Januari, episod perdana drama lakonan Im Si Wan dan Go Ah Sung itu telah merekodkan purata rating 7.4 peratus, sekaligus menduduki tempat pertama dalam slot waktunya, menggantikan tempat yang sebelum ini dikuasai oleh drama sejarah The Red Sleeve, yang telah mengakhiri rancangannya pada minggu lalu. 

Tracer menceritakan tentang sekumpulan kakitangan yang berkerja di Perkhidmatan Cukai Negara. Hwang Dong-Ju (Im Si-Wan) adalah ketua bahagian percukaian 5 di Perkhidmatan Cukai Negara. Dia bekerja keras untuk mengesan wang yang tersembunyi daripada perkhidmatan cukai. Pasukannya termasuk Seo Hey-Young (Ko Ah-Sung), yang mempunyai personaliti yang cerah dan ketuanya, Young (Park Yong-Woo).

Sementara itu, In Tae-Joon (Son Hyun-Joo) ialah pengarah sebuah pejabat cukai wilayah. Dia seorang yang bercita-cita tinggi.

Sementara itu, drama SBS Now We Are Breaking Up menikmati peningkatan jumlah penonton menjelang siri finale. Episod terbaru drama romantik lakonan Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong itu telah merekodkan purata rating 6.8 peratus, peningkatan ketara berbanding rating 4.8 peratus yang dicatatkan pada episod minggu lalu. 


Akhir sekali, episod terbaru drama tvN Bad and Crazy telah merekodkan rating 3.5 peratus, juga peningkatan berbanding episod sebelumnya. 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee