Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Kisah pergolakan keluarga, dendam dan perebutan harta pusaka di slot Tiara Astro Prima mulai 10 September ini

Selepas berakhirnya tayangan drama rantaian ‘Ali Alia’ yang meruntun emosi petang semalam, sebuah lagi naskhah menarik terbitan Mediacorp Suria yang mengangkat tema konflik keluarga berjudul ‘Hasrat Tersirat’ bakal menghiasi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai petang ini atau boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kisah penuh konflik tentang pergolakan keluarga, dendam dan perebutan harta pusaka ini dihidupkan dengan lakonan mantap barisan bintang handalan dari Singapura seperti Rahimah Yusoff yang membawakan watak Aisyah, Azhar Norlesta sebagai Ramli, Abdullah Ahmad sebagai Hamzah, Fir Rahman sebagai Danial, Farhana M Noor sebagai Farah, Izzat Yusoff sebagai Najib, Fatin Amira sebagai Sharifah, Shaquille Daniel sebagai Amri, Joe Jasmi sebagai Latif, Hashimah Hamidon sebagai Mansurah, Mishall Kiara sebagai Kharissa dan Erwin Shah Ibrahim sebagai Dr Mazlan.

Mengulas lanjut mengenai drama rantaian ‘Hasrat Tersirat’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata, “Sebagai sebuah saluran keluarga yang menghiburkan, kami amat mementingkan kandungan komersial berkualiti dan dinamik yang mampu mencuit emosi segenap lapisan umur kerana maklum balas dan penerimaan audiens akan mempengaruhi kejayaan saluran ini secara langsung.

Kami melihat naskhah terbaharu taruhan slot Tiara yang sekali lagi mengangkat tentang konflik dalaman keluarga ini dapat menjentik emosi penonton kerana ia sarat dengan mesej yang jelas dan bermanfaat jika dilihat daripada sudut pandang yang positif. Ada banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar dan panduan kerana berdepan dengan konflik adalah asam garam kehidupan yang akan mematangkan diri kita.

Semoga impak penceritaan ‘Hasrat Tersirat’ dapat dirasai oleh peminat drama Melayu sehingga mampu mencetuskan fenomena yang tersendiri. Sama-sama kita saksikan apakah kesudahan drama ini nanti.”

Penceritaan penuh konflik dalam drama ‘Hasrat Tersirat’ menerusi paparan 20 buah episod ini bermula setelah kematian ketua keluarga, Hamzah yang menyebabkan keluarganya mula berpecah-belah. Isterinya, Aisyah terpaksa berdepan dengan masalah menguruskan pembahagian harta pusaka dan kebenaran yang dituntut oleh anak tirinya iaitu Danial dan Farah, anak autistiknya, Amri, serta seseorang dari masa silamnya. Aisyah harus melawan semua ini bersendirian serta dalam masa yang sama cuba memelihara nama baik arwah suaminya.

Apakah kesudahan kisah ini? Sama-sama kita saksikan.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama rantaian ‘Hasrat Tersirat’ yang bakal menemui penonton mulai petang ini di slot Tiara. Selamat menonton!

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Satu Kampung Melatah Dalam Trailer “Kampung Latah Kena Kuarantin”

Kakimuvee

Leave a Comment