Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

DRAMA ‘SIHIR’ TAMPIL SENTUHAN EMPAT SUTRADARA

Kamal Adli dan Hun Haqeem sahut cabaran duduk di kerusi pengarah dan sandang watak utama pada masa yang sama

Drama rantaian ‘Sihir’ ialah sebuah naskhah asal terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd. berkisarkan tentang perkara syirik seperti amalan sihir dan santau yang bercanggah dengan ajaran Islam tetapi masih diamalkan secara berleluasa oleh segelintir masyarakat Melayu negara ini secara khususnya. 

Penceritaan drama menerusi paparan 20 episod ini menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam. Watak Nuh, lakonan Kamal Adli mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi. Manakala watak Hud lakonan  Hun Haqeem pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Idea asal drama ‘Sihir’ diilhamkan oleh pengarah prolifik Michael Ang, Syawal Azrai dan Srikandi Emma serta turut menyaksikan kolaborasi gabungan empat sutradara berbeza yang terdiri daripada Michael Ang dan Azmir Effendi,  serta pelakon Kamal  Adli dan Hun Haqeem. Selain duduk di kerusi pengarah, mereka berdua juga turut menyandang watak utama pada masa yang  sama. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Michelle Yoon, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Mamu Vies.

Selain Kamal Adli dan Hun Haqeem, drama ‘Sihir’ turut diserikan dengan kehadiran nama-nama popular seperti Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad, Zaryn Myn, Wan Ellyas, Fiza Thomas,Dr. Katalina, Mak Wan Latah, Dilla Ahmad serta ramai lagi.

Drama ‘Sihir’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 1 November 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sinopsis:

Nuh dan Hud merupakan pasangan kembar yang mempunyai deria keenam dan masing-masing dengan kelebihannya yang tersendiri. Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara. Mereka dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir. Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari. Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

Related posts

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Nad Zainal Tercalon Dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022.

Kakimuvee

[TRAILER] Kisah Pencuri 1 Sen Diceritakan Dalam Siri Terbaru Astro “One Cent Thief”

Kakimuvee

Korsakoff dinobatkan Filem Psikologi Terbaik di Festival Filem Dunia Cannes (CWFF)

Kakimuvee

Saksikan Tiada Maaf Buatmu di Saluran Astro Ria Bermula 28 September Ini

Kakimuvee

Syamsul Yusof Umum “The Original Gangster”

Kakimuvee

Leave a Comment