Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’ PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA

Sebuah lagi kisah kekeluargaan yang sarat dengan emosi dan penuh iktibar di Slot Tiara Astro Prima mulai 5 Ogos ini

Drama bersiri ‘Siapa Jaga Mak’ merupakan sebuah naskhah kekeluargaan yang diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku kepada masyarakat di Singapura.

Drama 13 episod yang sarat dengan emosi dan iktibar ini berkisarkan tentang tanggungjawab dan konflik yang dihadapi oleh empat buah keluarga dengan latar belakang yang berbeza dalam memberikan penjagaan yang sempurna untuk ibu tercinta. 

Drama ‘Siapa Jaga Mak’ terbitan syarikat produksi yang berpangkalan di Singapura, DV Studio Pte Ltd ini turut menampilkan dua pengarah handalan dari negara seberang Tambak. Episod 1 hingga 6 diarahkan oleh Vishali Panch. Manakala episod 7 hingga 13 pula diarahkan oleh Zulanan Ahmad.

Ia turut dibintangi oleh Aishah Ahmad, Fauziah Zie, Suhaillah Salam dan Fadilah Samsudin selaku teraju utama di samping barisan pelakon seperti Hasif Nasir, Den Sabari, Fauzah Mohd Noor, Freda Mel, Iskandar Ismail, Johan Jaafar, Julia Tari, Khairudin Samsudin serta ramai lagi.

Drama ‘Siapa Jaga Mak’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 5 Ogos 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kutip RM1.3 Juta Pada Tayangan Awal

Kakimuvee

Pengusaha Panggung Wayang Nafi Sabotaj Filem Anwar: The Untold Story

Kakimuvee

That Cover Girl & Budak Flat Menjadi Kandungan Tempatan Pertama Prime Video

Kakimuvee

Astro Shaw Lancar Trailer Rasmi Pertama ‘Polis Evo 3’

Kakimuvee

Leave a Comment