Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Drama Once Again Telah Berakhir, Missing: The Other Side Catat Rating Tertinggi

Drama hit KBS 2TV, Once Again telahpun berakhir!

Pada 13 September, drama hujung minggu yang disukai penonton telahpun menayangan episod terakhir yang dinanti-nantikan. Menurut Nielsen Korea, episod finale Once Again telah mencatatkan purata rating sebanyak 33.6 peratus dan 34.8 peratus untuk dua bahagiannya, peningkatan jumlah penonton pada malam sebelumnya. 

Once Again menjadi kegemaran penonton di Korea Selatan selepas sering mendominasi drama hari minggu sejak beberapa bulan yang lalu. 

Sementara itu, drama OCN, Missing: The Other Side mencapai rating tontonan tertinggi setakat ini. Episod keenam drama misteri fantasi itu mencatatkan purata rating sebanyak 3.8 peratus dan kemuncaknya pada 4.1 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Drama Missing: The Other Side ditetapkan sebuah kampung yang dihuni oleh jiwa orang-orang yang hilang ketika mereka masih hidup. Di sana, terdapat sekumpulan orang mencari mayat yang hilang dan berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku kepada setiap mereka.

Akhir sekali, drama tvN Forest of Secrets 2 mencatatkan purata rating sebanyak 7.2 peratus pada malam sebelumnya, anda kemuncak sebanyk 8.1 peratus hari petang. 

Forest of Secrets menceritakan kisah pendakwa tanpa emosi Hwang Si Mok (Cho Seung Woo) dan pegawai polis yang baik hati Han Yeo Jin (Bae Doona) yang bergabung untuk menyelesaikan misteri tersembunyi dan menyiasat rasuah. Musim terbaru akan menyusul pertemuan mereka sebagai lawan dari situasi tegang yang melibatkan polis dan pejabat pendakwa.

 

Sumber: Soompi

Related posts

“Hospital Playlist 2” Cipta Rekod, Catat Rating Episod Pertama Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

Filem Aksi R-Rated ‘The Outlaws 2’ Lakonan Ma Dong Seok Telah Selesai Penggambaran

Zulaikha

Jun Ji Hyun Bersedia Untuk Berperang Dalam Poster Terbaru “Kingdom: Ashin of the North”

Zulaikha

“The Penthouse 3” Kekal No. 1 Untuk Minggu Kedua Berturut-Turut

Zulaikha

GET TO KNOW THE SO NOT WORTH IT CHARACTERS AND FALL IN LOVE WITH THEM

Zulaikha

Park Gyu Young Sebagai Detektif Dalam Gambar Terbaru “The Devil Judge”

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating