Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Drama ‘Nur’ Akan Difilemkan


Drama popular Nur dan Nur 2 disahkan akan diangkat ke layar perak tidak lama lagi. Pekara tersebut didedahkan pengarah drama tersebut, Shahrulezad Mohameddin ketika bercakap kepada wartawan Sinar Harian. 

Menurutnya lagi, pihaknya sudahpun berbincang dengan Primworks Studios dan telah mencapai keputusan positif.

Shahrulezad juga berkata, kejayaan Nur 2 telah mendorongnya untuk mengangkat naskah Nur ke layar perak. Dia juga kini sedang dalam proses untuk menghasilkan skrip filem dan sudah pun mempunyai beberapa idea untuk jalan cerita.

“Selepas kejayaan drama “Nur 2”, memang ramai yang bertanya kepada saya apakah ada “Nur 3″ pula. Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak percaya kepada kejayaan sekuel sesebuah naskhah.”

“Bagaimanapun selepas melihat sambutan “Nur 2”, ada perancangan sama ada diteruskan kepada “Nur 3”, dibuat “Nur” muzikal atau filem. Memandangkan saya belum pernah mengarahkan filem, jadi saya kira ini adalah masa yang sesuai untuk saya hasilkan filem sendiri,”


Drama Nur yang pertama kali bersiaran pada Mei tahun lalu berjaya mencipta fenomena dikalangan peminat drama tempatan tanah air. Sambutan memberangsangkan itu mendorong drama kedua berjudul Nur 2 dihasilkan, dan ia juga turut mendapat sambutan dari peminat

Drama tersebut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiriah, Azhan Rani, Datuk Jalaluddin Hassan, Zaidi Omar, Azar Azmi dan ramai lagi.

Jadi kepada peminat-peminat Nur, adakah anda teruja dengan perancangan filem Nur?

Sumber: Sinar Harian / Cinema Online


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee