Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Drama Mini “Saga” Ketengah Sukan Tempur MMA


Drama mini bersiri ‘SAGA’ ialah sebuah naskhah asal bertemakan pertarungan seni bela diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) terbitan syarikat produksi MediaCorp TV Singapore Pte. Ltd. yang berpangkalan di Singapura.

Plot penceritaan drama ini berkisarkan kegiatan mengatur perlawanan dan aktiviti pertaruhan haram yang melibatkan sukan tempur  MMA. Meskipun sarat dengan aksi lasak, kisah ini turut menggabungkan elemen drama kekeluargaan dan pengorbanan dalam naratif penceritaan mengusik jiwa yang penuh mendebarkan. 

Konsep asal dan skrip drama mini empat episod ini diilhamkan oleh Amanah Mustafi serta turut mendapat sentuhan Faisal Ishak selaku pengarah. Drama ‘SAGA’ diterajui oleh barisan bintang popular kelahiran Kota Singa seperti Dato’ Aaron Aziz, Nick Mikhail, Jeff Catz, Nadiah M. Din, Syarif, Shahrin Azhar, Imam Shah dan Hamidah Salim. Lebih istimewa lagi, drama ini turut diserikan dengan penampilan khas oleh Allahyarham J A Halim.

‘SAGA’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 11  Ogos 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee