Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Drama Korea iQiyi Pertama ‘My Roommate is a Gumiho’ Catat 100 Juta Tontonan Serata Dunia

Semasa mengumumkan senarai rancangan terbarunya, iQiyi telah membentangkan kempen Penilaian Tahunannya semasa. Menurut data yang dikeluarkan mereka, jumlah pelanggan bulanan di Asia Tenggara telah meningkat dua kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya.

Kejayaan cemerlang ini telah didorong oleh kandungan-kandungan premium dari Korea Selatan, China, Malaysia dan Thailand. Produksi Korea iQiyi yang pertama, My Roommate is a Gumiho, telah mendapat tempat sebagai Siri Original Tontonan Tertinggi, dengan melebihi 100 juta tontonan di serata dunia.


Tontonan kandungan dari China pula meningkat sehingga empat kali ganda berbanding dengan tahun 2020. Sebahagian besar peningkatan ini adalah disebabkan oleh kejayaan francais Sweet On, yang telah mendapat 180 juta tontonan.

Setakat 31 Oktober, aplikasi iQiyi versi antarabangsa telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali di serata dunia, menjadikannya aplikasi khidmat penstriman yang tertinggi dimuat turun di Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Menurut tinjauan pelanggan tempatan iQiyi baru-baru ini, rakyat Malaysia meluangkan masa purata 80 minit setiap hari di platformnya dan trend ini dipercayai akan terus meningkat dengan lebih banyak penggunaan televisyen pintar dan peranti-peranti.

Data juga menunjukkan bahawa dalam tahun 2021, masa yang diluangkan oleh rakyat Malaysia untuk menonton kandungan Malaysia dalam aplikasi tersebut akan meningkat  sebanyak dua kali ganda.

Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQiyi juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan bulanan yang aktif, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut. iQiyi juga merupakan platform penstriman ‘freemium’ yang mendapat carian tertinggi di Google tahun ini.

Sempena 12.12, iQiyi bakal menawarkan diskaun hebat dari 4 sehingga 12 Disember! Nikmati diskaun sehingga 50% untuk pakej-pakej langganan VIP. Langganan Quarterly VIP (tiga bulan) boleh didapati dengan harga serendah RM12.90 (harga biasa: RM23.90) dan langganan Yearly VIP (tahunan) pula hanya berharga RM44.90 (harga biasa: RM87.90).

Promosi “Chup Dulu’ membawakan penjimatan yang lebih hebat kepada pelanggan-pelanggan yang mendapatkan promosi dengan lebih awal! Tempah sekarang sehingga 3 Disember untuk menikmati tempoh langganan tambahan selama dua minggu untuk langganan Quarterly VIP atau tambahan selama satu bulan untuk langganan Yearly VIP. Anda hanya perlu mendaftar masuk ke platform iQiyi, tempah langganan promosi pilihan anda dan membuat bayaran kemudian pada tempoh Jualan 12.12, mulai 4 sehingga 12 Disember 2021.

Related posts

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Gambar-Gambar Terbaru SEOUL VIBE Menyerlahkan Lagi Latarbelakang 80-an Untuk Filem Aksi Terbaru Netflix

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

“Emergency Declaration” Catat Kutipan RM4 Juta Di Malaysia

Zulaikha

Filem Sulung Lee Jung Jae, “Hunt” Lepasi 1 Juta Penonton Di Korea Selatan

Zulaikha

Drama “Big Mouth” Catat Rating Tertinggi Sepanjang Tayangannya.

Zulaikha

Leave a Comment