Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini


Berikutan pengumuman kandungan Disney+ APAC baharu bulan ini, peminat drama Korea sedang bersedia untuk mengikuti perjalanan yang mendebarkan dengan penampilan pertama Rookie Cops di Disney+ Hotstar akhir bulan ini.

Berpusat di sekitar sekumpulan pelajar baru di Akademi Polis Kebangsaan Korea, Rookie Cops menampilkan ensembel yang menarik, termasuk Kang Daniel dan Chae SooBin, dua daripada bintang paling hangat di Korea pada hari ini. Drama terbaru ini diarahkan oleh Kim Byung-soo (He Is Psychometric, The Bride of Habaek, dan Nine), dan akan debut di Disney+ Hotstar pada 26 Januari.

Apabila Akademi Polis Kebangsaan Korea mengalu-alukan sekumpulan pelajar baru yang bercita-cita menjadi polis, kegembiraan mereka segera terputus apabila mereka mendapati bahawa diri mereka perlu menjalani latihan harian yang sangat meletihkan dan peraturan yang dikuatkuasakan dengan ketat. 

Sebagai pelajar cemerlang yang berjaya memasuki akademi, Wi Seunghyun (Kang Daniel) memikul harapan tinggi di bahunya, manakala Ko Eunkang (Chae SooBin) yang bersemangat dan tegas hanya diterima semasa pusingan kedua kemasukan. Sepanjang siri ini, Wi dan Ko mendapati diri mereka bertelagah setiap masa apabila mereka semakin terpalit dengan beberapa isu di akademi yang boleh mengancam peluang mereka untuk bergraduat.

Rookie Cops adalah siri baharu yang menarik merangkumi pencintaan kampus antara Kang Daniel dan Chae SooBin. Kang membuat debut lakonan sebagai Wi Seunghyun, seorang pelajar dengan markah tertinggi yang tidak tahan dengan ketidakadilan. Walaupun Wi pada mulanya kelihatan berada dalam landasan yang tepat untuk menjadi seorang pegawai polis tertinggi, pertemuan berterusannya dengan pengacau kampus Ko Eunkang (Chae SooBin), mengubah hidupnya dalam beberapa siri kejadian yang tidak dijangka.


Menyertai Kang dan Chae sebagai pelajar-pelajar baharu ialah Lee Sin Young, Park You Na, Park Seong Jun, Min Do Hee, Kim Woo Seok, dan Cheon Young Min, serta beberapa pelakon veteran seperti Sohn Changmin, Lee Munsik, Seo Yi sook, Jeong Young ju, dan Jea Su weon.

Peminat kandungan bahasa Korea yang ingin menikmati kandungan baharu sebelum debut Rookie Cops pada 26 Januari juga boleh menikmati kendungan asli Disney+ APAC yang lain termasuk Snowdrop, serta yang akan dikeluarkan tidak lama lagi: Grid, Kiss Sixth Sense dan Moving.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee