Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Amelia Henderson masuk meminang Aqasha dalam kisah ‘rom-com’ terbaharu di Astro Ria mulai 27 Julai ini

Drama bersiri ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre komedi romantik terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Berbeza dengan penceritaan kisah perkahwinan paksa yang sering disajikan sebelum ini, drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ memaparkan pengorbanan seorang janda muda yang mengahwini seorang duda tanpa ikatan cinta untuk menjadi ibu tiri kepada anaknya yang masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu.

Idea asal dan skrip drama bersiri 16 episod ini diilhamkan oleh Nieza Nahar serta turut diarahkan oleh sutradara Idora Abdul Rahman. Drama ini turut dibintangi oleh Amelia Henderson dan Aqasha selaku teraju utama di samping barisan pelakon seperti Aryan Adzrin, Iman Zulkarnain, Shiqin Kamal, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah dan ramai lagi. Lebih istimewa lagi, drama ini turut diserikan dengan penampilan khas oleh Dato’ Rosyam Nor, Dynas Mokhtar dan Cat Farish.

‘Cik Ayu Mee Sanggul’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 27 Julai 2021 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kutip RM1.3 Juta Pada Tayangan Awal

Kakimuvee

Pengusaha Panggung Wayang Nafi Sabotaj Filem Anwar: The Untold Story

Kakimuvee

That Cover Girl & Budak Flat Menjadi Kandungan Tempatan Pertama Prime Video

Kakimuvee

Astro Shaw Lancar Trailer Rasmi Pertama ‘Polis Evo 3’

Kakimuvee

Leave a Comment