Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerSlot Asia

Drama Jenayah Korea “Big Bet” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 21 Disember Ini


Pada 21 Disember, kita akan melihat bagaimana seorang lelaki yang telah berulang kali mencapai titik terendah dan bertekad untuk menuntut semula hidupnya, tanpa mengira apa kosnya, apabila Big Bet diperkenalkan secara global hanya di Disney+ Hotstar. 

Dibintangi pelakon legenda Choi Minsik (Old Boy, The Admiral: Roaring Currents, New World) yang membuat penampilan pertama dalam siri drama sejak lebih 26 tahun, Big Bet menceritakan kisah yang tidak dapat dilupakan tentang seorang lelaki, Cha Moosik, yang selepas melalui masa yang sukar dalam kehidupannya, membina semula dirinya untuk menjadi taikun kasino di Filipina. 

Bagaimanapun, kehidupan Cha sekali lagi jatuh ke tahap titik paling bawah apabila dia disiasat dalam satu kes pembunuhan. Bertekad untuk tidak membiarkan dia jatuh sekali lagi, Cha mempertaruhkan semua yang dia ada, termasuk nyawanya sendiri, untuk membawanya kembali ke dalam permainan. 

Big Bet turut dibintangi Sohn Seokgu (My Liberation Notes, D.P.), Lee Donghwi (Extreme Job, New Year Blues, Reply 1988) dan Heo Sungtae (Squid Game, Adamas, Hunt). 

Pemenang Anugerah Pengarah Baru Terbaik di 54th Baeksang Arts Awards, Kang Yoonseong, mengarahkan drama jenayah Korea terbaru ini, yang dijadualkan tayangan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 21 Disember 2022.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee