Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Drama “It’s Okay To Not Be Okay” Kuasai Kedudukan Pertama, “Backstreet Rookie” Catat Peningkatan Penonton


Drama romantik terbaru tvN, It’s Okay to Not Be Okay memulakan tayangannya dengan langkah kanan. Menurut Nielsen Korea, episod pertama drama lakonan Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji mendapat skor purata sebanyak 6.1 peratus dan kemuncaknya sebanyak 7.0 peratus, sekaligus menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran TV kabel.

It’s Okay to Not Be Okay juga menguasai tangga teratas dalam slot waktunya di semua saluran – termasuk rangkaian siaran awam – serta berjaya menarik penonton berusia 20 hingga 49 tahun dengan skor purata sebanyak 4.3 peratus dan puncak sebanyak 5.1 peratus. Selain itu, drama terbaru ini memberi prestasi yang baik dikalangan penonton wanita dengan purata skor sebanyak 10.6 peratus.

Sementara itu, drama romantik komedi SBS, Backstreet Rookie mencatatkan sedikit peningkatan rating untuk episod kedua. Drama yang disiarkan pada 20 Jun yang lalu mendapat skor purata sebanyak 3.7 peratus dan 6.8 peratus untuk kedua-dua bahagiannya.

Drama KBS 2TV, Once Again meneruskan penguasaan drama paling banyak ditonton pada malam Sabtu dengan skor purata sebanyak 23.1 peratus dan 28.8 peratus untuk dia bahagiannya.

Untuk lain-lain drama, King Maker: The Change of Destiny mencatat sedikit peningkatan penonton dengan skor purata sebanyak 4.9 peratus, manakala drama OCN, Team Bulldog: Off-Duty Investigation mendapat skor purata sebanyak 2.8 peratus.


Sumber: Soompi


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee