Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Drama Hit Tahun 2006, “Goong” Akan Dihasilkan Semula

Mahwha “Goong” (juga dikenali sebagai ‘Princess Hours’) bakal mendapat adaptasi drama kedua! 

Menurut laporan Soompi, syarikat Jae Dam Media, yang menguruskan manhwa “Goong,” telah menandatangani kontrak dengan Group 8 untuk menghasilkan ‘remake’ terbaru. Group 8 adalah syarikat produksi yang bertanggungjawab menghasilkan adaptasi pertama pada tahun 2006.

Drama pertama “Goong” (2006) yang dibintangi Yoon Eun Hye, Joo Ji Hoon, Kim Jeong Hoon, dan Song Ji Hyo, telah mencapai kejayaan domestik dan antarabangsa, serta menyumbang kepada Korea Wave (Hallyu) pada zaman itu. 

“Goong” ditetapkan dalam dunia berbeza di mana Korea Selatan adalah negara raja berperlembagaan. Ia mengisahkan seorang pelajar seni sekolah tinggi yang terpaksa mengahwini putera raja bagi memenuhi permintaan datuknya. 

Manhwa “Goong” telah bermula pada tahun 2003 dan berjalan selama 10 tahun, serta dijual lebih jutaan salinan di Korea dan Jepun. Ia juga telah diterbitkan di 10 buah negara antarabangsa seperti Taiwan, Thailand dan Perancis 

Populariti drama pertama telah mewujudkan ‘spin-off’ berjudul “Goong S” (Prince Hours) yang diterbitkan pada tahun 2007.

Group 8 merupakan peneraju eksport drama Korea ke seluruh dunia. Syarikat produksi itu telah menghasilkan banyak drama popular seperti “I’m Sorry, I Love You,” “Couple or Trouble,” “Boys Over Flowers,” “My ID Is Gangnam Beauty,” serta turut menerbitkan adaptasi muzikal “Goong”.

Related posts

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular Untuk Minggu Ke-4 Berturut-Turut

Zulaikha

Leave a Comment