Drama-Drama Korea Menarik Ogos 2019

6734
views

Buat peminat drama-drama Korea, bulan Ogos ini menampilkan banyak drama-drama terbaru yang akan mengisi masa-masa lapang anda. Ingin tahu apakah drama menarik yang akan ditayangkan nanti? disini kami kongsikan enam drama Korea menarik yang harus anda tonton pada bulan Ogos nanti.

Welcome 2 Life (MBC)

  • Tayangan bermula 5 Ogos 2019
  • Setiap Isnin & Selasa
  • Lakonan Rain, Lim Ji Yeon, Kwak Si Yang

Drama fantasi ini akan menceritakan kisah tentang seorang peguam yang mementingkan diri sendiri dengan cara membantu orang yang ingin memanfaatkan undang-undang. Pada suatu hari, dia mengalami kemalangan dan disedut ke dalam parallel universe dan mula menjalani kehidupan yang benar-benar baru sebagai peguam yang mementingkan keadilan.

I Wanna Hear Your Song (KBS2)

  • Tayangan bermula 5 Ogos 2019
  • Setiap Isnin & Selasa
  • Lakonan Kim Se Jeong, Yeon Woo Jin, Song Jae Rim, Park Ji Yeon

Pembunuhan terjadi. Hong Yi-Young (Kim Se-Jeong), yang merupakan timpanist, tidak ingat apa yang berlaku pada hari pembunuhan itu. Dia  mengalami insomnia. Hong Yi-Young  bertemu dengan Jang Yoon (Yeon Woo-Jin), seorang pianis dalam orkestra. Untuk membantu insomnia Hong Yi-Young, Jang Yoon menghubunginya setiap malam. Mereka cuba mencari kebenaran tentang pembunuhan itu.

Be Melodramatic (JTBC)

  • Tayangan bermula 9 Ogos 2019
  • Setiap Jumaat & Sabtu
  • Lakonan Chun Woon Hee, Jeon Yeo Bin, Han Ji Eun, Ahn Jae Hong, Gong Myung

Drama ini mengikuti kisah persahabatan, percintaan, kerjaya, dan gaya hidup tiga wanita pada usia 30-an. Im Jin Joo (Chun Woo-hee) seorang penulis skrip dengan isu emosi yang aneh, Lee Eun ung (Jeon Yeo-bin) sebagai pengarah filem dokumentari yang sedang berjuang untuk memulakan syarikatnya sendiri, dan Hwang Han Joo (Han Ji-eun) seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai ketua pasukan pemasaran untuk sebuah syarikat pengeluaran drama.

Love Alarm (Netflix)

  • Tayangan bermula 22 Ogos 2019
  • 8 Episod
  • Lakonan Kim So Hyun, Jung Ga Ram, Song Kang

Berlatarkan aplikasi telefon bimbit Joalarm dicipta. Jika seseorang menyukai anda dan mereka berada dalam jarak 10 meter dari anda, penggera untuk aplikasi ini akan berbunyi. Aplikasi ini juga menunjukkan berapa ramai orang menyukai anda, tetapi aplikasi itu tidak mendedahkan butiran spesifik mengenai siapa yang menyukai anda.

Catch The Ghost (tvN)

  • Tayangan bermula 26 Ogos 2019
  • Setiap Isnin & Selasa
  • Lakonan Moon Geun Young, Kim Sun Ho

Yoo-Ryung (Moon Geun Young) adalah seorang detektif rookie. Kembarnya yang menghidapi autisma telah hilang. Untuk mencari kembarnya, Yoo-Ryung menggunakan khidmat pasukan polis keretapi bawah tanah.

Hell Is Other People/Strangers From Hell (OCN)

  • Tayangan bermula 31 Ogos
  • 10 Episod (Sabtu & Ahad)
  • Lakonan Im Si Wan & Lee Dong Wook

Yoon Jong-Woo (Im Si Wan) merupakan lelaki berusia 20-an. Dia tinggal di sebuah bandar kecil sepanjang hidupnya, tetapi dia mendapat kerja di sebuah pejabat kecil di Seoul. Yoon Jong-Woo berpindah ke Seoul dan tinggal di sebuah apartment murah yang mana berkongsi dapur dan bilik air dengan penduduk lain. Yoo Jong-Woo tidak suka tinggal di situ dan dia tidak suka penduduk lain yang dirasakannya pelik dan mencurigakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here