Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Drama DAYANG SENANDUNG Dituduh Rasis? Ini Penjelasan Penerbit


Gara-gara video tarian yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pelakon Wani Kayrie, drama Dayang Senandung dituduh menghina orang kulit hitam.

Isu yang membabitkan drama Dayang Senandung mula timbul kerana video yang dimuat naik pelakon tersebut dikatakan mendiskrimanasi warna kulit kerana memaparkan wanita berkulit gelap.

Sehubungan dengan itu, penerbit Zeel Production Sdn. Bhd, Fadzil Teh tampi membuat penjelasan mengenai isu terbabit.

“Jalan cerita drama ini bukan menghina, sebaliknya mendaulatkan orang berkulit hitam,”

Ketika berkata kepada Harian Metro, Fadzil menjelaskan bahawa watak Dayang Senandung sejak dulu lagi sudah dipaparkan sebagai seorang wanita berkulit hitam, malah drama itu telah mendapatkan kelulusan daripada RTM untuk menjalani penggambaran.


“Saya akan teruskan penggambaran drama ini kerana idea dan kertas keja drama 13 episod ini mendapat kelulusan RTM untuk slot drama-drama dongeng.

“Ketika menjalani proses ‘pitching’ di RTM, kami mendapat ‘lampu hijau’ untuk drama ini ditayangkan. Tiada soal menghina sesiapa sebaliknya drama ini sarat dengan pelbagai mesej.

“Kalau saya dikatakan rasis kerana menerbitkan drama ini lebih baik saya ambil pelakon berkulit gelap seperti Haneesya Hanee berlakon, tapi drama ini saya memilih Wani Kayrie untuk dimekap menjadi gelap,” 

Menurut Fadzil, perkara ini menjadi panas apabila isu diskriminasi warna kulit hangat diperkatakan secara global selepas lelaki kulit hitam, George Floyd meninggal dunia akibat kekerasan polis di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

“Kena tengok dulu drama ini baru menilai adakah jalan ceritanya memberi gambaran buruk kepada penonton. Saya sedar mungkin hal ini berlaku apabila di Amerika Syarikat kini aktif dengan kempen Black Lives Matter yang memperjuangkan isu penindasan terhadap orang kulit hitam.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang maklum balas daripada RTM. Saya harap isu ini tidak diperbesarkan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, lebih 3,000 pengguna menurunkan tandatangan menyokong petisyen dalam talian bagi mendesak penggambaran drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production Sdn Bhd (Zeel) dihentikan serta-merta atas dakwaan mendiskriminasi warna kulit.

Sumber: Harian Metro


Related posts

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee