Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Drama BUKAN GADIS BIASA Dikritik Teruk, Ayda Jebat Tampil Mohon Maaf


Susulan kritikan netizen terhadap proses sunting drama Bukan Gadis Biasa yang dianggap berada ditahap teruk, pelakon Ayda Jebat tampil memohon maaf kepada semua penonton.

Menurut pelakon Pinjamkan Hatiku itu, dia mengambil kelemahan itu atas kesilapannya sebagai pelakon keranan sebagao satu pasukan, mereka perlu bekerjasama.

“Saya mohon maaf jika ada penonton yang kurang senang dengan perkara itu. Saya akui penonton sekarang semakin bijak dan boleh melihat sendiri kelemahan yang berlaku . Saya mohon jangan salahkan editor atau penyunting semata-mata kerana pada pendapat saya, semuanya harus bekerjasama.

“Saya salahkan diri sendiri. Kadang-kadang, sebagai pelakon, saya terlupa menjaga konti atau kesinambungan lakonan saya. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Kru yang menjaga konti juga mungkin terlepas pandang. Akhirnya, penyunting pun tak boleh nak buat apa dan mereka harus menyunting drama itu menggunakan visual sedia ada,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ayda, biarpun drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd itu terpalit beberapa isu, namun ia tetap menerima sambutan baik penonton.


“Alhamdulillah, drama bersiri ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila kekal trending setiap kali bersiaran. Saya bersyukur kerana masih ramai penonton yang mengambil mesej positif  dalam drama bersiri ini untuk dijadikan teladan dan contoh. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang kurang itu datang dari saya sendiri,” katanya.

Selain suntingan, drama bersiri Bukan Gadis Biasa turut mendapat kritikan dari segi solekan kesan khas watak orang tua lakonan Sheila Rusly serta kenyataan pengarahnya, Jinggo yang mendapat perhatian netizen.

Sumber: Harian Metro


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee