Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

DRAMA ADAPTASI TERBAHARU ‘RINDU AWAK SEPARUH NYAWA’ SARAT PENGAJARAN PENUH EMOSI DI ASTRO RIA

Siaran Akhbar

Drama bersiri ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ merupakan sebuah lagi karya adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Siti Rosmizah yang mengangkat genre romantik terbitan syarikat produksi  SR One Sdn Bhd. 

Drama 40 episod arahan sutradara handalan Along Kamaludin  ini turut menampilkan Siti Rosmizah selaku penerbit dan penulis skrip serta barisan penulis skrip yang terdiri dari Rozie Rashid dan Amka Ahmad. 

Lebih istimewa, drama ini turut menampilkan lagu istimewa bertajuk ‘Rindu Separuh Nyawa’ nyanyian Vanessa Reynauld dan Naqiu sebagai lagu runut bunyi yang liriknya juga ditulis oleh Siti Rosmizah.

Antara barisan pelakon yang turut membintangi drama bersiri terbaharu ini termasuklah Syukri Yahaya, Uqasha Senrose, Norreen Iman, Marsha Milan, Fizo Omar, Aida Khalida, Khairil Anwar Aman, Rahim Jailani, Fiza Thomas, Norkhiriah, Aleza Shadan serta ramai lagi.

Drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 23 Mac 2021 menerusi slot Megadrama secara secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sebagai bonus, sebuah episod khas Tayangan Perdana ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ akan ditayangkan pada hari ini, 10 Mac 2021 jam 6.30 petang menerusi saluran dan platform digital yang sama.

Related posts

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

Isqandar

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

Zulaikha

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha