Pengarah: Gary Shore
Pelakon: Luke Evans, Sarah Gadon, Dominic Cooper, Art Parkinson, dan Charles Dance
Penulis Skrip: Matt Sazama
Syarikat Produksi: Legendary Pictures, Michael De Luca Productions
Pengedar: Universal Pictures
Sinopsis:
Kisah ini bermula pada tahun 1462 di tanah Transylvania yang pada ketika itu aman damai di bawah pemerintahan pahlawan perang yang amat digeruni, Putera Wallachia, Vlad III The Impaler (lakonan Luke Evans).
Namun keamanan Transylvania mula bergoyah apabila Sultan Mehmed II (lakonan Dominic Cooper), pemerintah empayar Uthmaniyyah mengarahkan agar Vlad menyerahkan 1,000 orang kanak-kanak lelaki untuk menjadi bala tenteranya.
Tidak cukup dengan itu, Sultan Mehmed juga mahukan anak Vlad, Ingeras (lakonan Art Parkinson) berpisah dengan Vlad dan Mirena (lakonan Sarah Gadon), sekaligus dibesarkan di bawah kawalannya.
Enggan menurut perintah Sultan Mehmed itu, Vlad meminta pertolongan Master Vampire (lakonan Charles Dance) di gunung Broken Tooth supaya memberikannya kuasa untuk menewaskan bala tentera Turki.
Namun, pertolongan Master Vampire bukanlah percuma, Sebabnya, Vlad harus menahan keinginannya untuk minum darah manusia selama 3 hari. Jika ingkar, Vlad akan bergelar dracula buat selamanya.