Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

DOWNHILL Lakonan Will Ferrell Akan Menemui Penonton 27 Februari Ini


Filem drama komedi terbaru lakonan Will Ferrel, Downhill bakal menemui penonton tempatan mulai 27 Februari ini di 9 pawagam terpilih GSC seluruh negara. Berikut adalah pawagam yang terlibat:

  • GSC Mid Valley
  • GSC 1 Utama
  • GSC Paradigm Johor Bahru
  • GSC Gurney Plaza
  • GSC Aeon Melaka
  • GSC City One Kuching
  • GSC IOI City Mall Putrajaya
  • GSC Ipoh Parade
  • GSC Suria Sabah

Diarahkan Nat Faxon dan Jim Rash, Downhill merupakan sebuah `remake` kepada filem “Force Majeure” (2014) arahan Ruben Östlund. Pasangan suami isteri, Pete dan Billie, membawa keluarga mereka bercuti dan bermain ski di pergunungan Alps. Satu tragedi runtuhan salji yang berlaku telah menguji hubungan Pete bersama Billie, memaksa mereka untuk menilai semula kehidupan serta perasaan mereka terhadap satu sama lain.

Turut membintangi filem ini adalah Julia Louis-Dreyfus, Miranda Otto dan Zoë Chao.

Anda berpeluang untuk memenangi dua tiket ketayangan istimewa Downhill yang bertempat di GSC 1 Utama pada 24 Februari (Isinin) jam 9 malam. Klik pautan disini untuk maklumat lanjut.


Related posts

[VIDEO] GSC Menganjurkan Tayangan Istimewa Siri Anime Terbaru ‘Rurouni Kenshin’

Kakimuvee

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Tasbih Kosong’

Kakimuvee

Disney Tunda Tarikh Tayangan “Thor: Love and Thunder” Di Malaysia

Kakimuvee

[TRAILER] Filem Komedi “Tiga Janda Melawan Dunia” Pasti Membuatkan Anda Gelak Berguling-Guling

Kakimuvee

Filem Hit ‘Sinkhole’ Akan Ditayangkan Di Pawagam GSC Pada 28 Oktober Ini

Kakimuvee

Pawagam Akan Kembali Beroperasi Pada 9 September Ini

Kakimuvee